Thursday, March 12, 2009

Malaysia's economy is going down...

i know this is very weird why i'm doing this post. one of the reasons why because in my class, we learn about economy and we were asked to find out about the Malaysia's Economy crisis. i went google and found this interesting and none boring post from this one blogger too. Ibnu Hasyim.

please read if you want to cause this may make u think about our economic crisis.


"KITA sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.” Kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika membentangkan Pakej Rangsangan ekonomi kedua bernilai RM60 bilion bagi mengharungi kesan krisis ekonomi sejagat di Kuala Lumpur Selasa hari ini.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Najib berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu:

- mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan
- meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas
- membantu sektor swasta menghadapi krisis dan
- membina keupayaan masa depan.

Najib menambah, pada sidang khas mengenai Gaza di Parlimen Januari lalu, kedua-dua kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan. "Ya benar, kita di negara ini, kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini. Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya.

Pengerusi Parti Keadilan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga wakil rakyat Bandar Tun Razak berkata, dana RM60 bilion memang mencukupi, namun pelaksanaan program yang dirancang dan pengagihan peruntukan itu perlu diberi perhatian yang serius. "Konsepnya baik tetapi persoalannya adalah bagaimana program itu dilaksana dan diuruskan? ..Saya telah buat kenyataan sebelum ini bahawa apa sahaja jumlah (bajet) di bawah RM50 bilion bukan satu permulaan yang baik dan nampaknya mereka melebihkan jumlah itu. Bagaimanapun, kita bimbang sekiranya berlaku kebocoran dan pengagihan kontrak tidak dilakukan dengan cara yang betul," katanya. Sila klik: Strategi Bajet Mini: Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau kecewa dengan perbentangan bajet ini kerana pakej rangsangan tidak diberikan secara langsung kepada rakyat. “..beliau (Najib) harus lebih berani sedikit iaitu bukan dengan ransangan RM60 billion tapi RM100 bilion dengan RM50 bilion setiap tahun seperti yang kita cadangkan sebelum ini," katanya. "Yang penting ialah apakah manfaat (kepada) orang biasa seperti anda dan saya.”

Sementara itu Lim Kit Siang (DAP-Ipot Timur) berkata, Najib perlu meyakinkan rakyat dengan pakej ransangan ekonomi yang dibentangkan. "Beliau perlu kembalikan keyakinan rakyat, walau apa jua perubahan yang beliau ingin lakukan, rakyat perlu diyakinkan. …Ini kerana apa yang berlaku di Perak telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap beliau," katanya.

Di samping itu PAS pula menyangkal dakwaan yang mengatakan wakil rakyat mereka memboikot sesi pembentangan pakej rangsangan kedua oleh Timbalan Perdana Menteri hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut. "Tidak kita tak boikot apa-apa, cukuplah kita ada wakil dalam dewan," katanya yang hadir pada sesi soal jawab sidang Parlimen pada sebelah pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas selesai perbentangan bajet berkenaan enggan memberikan sebarang komen. "Saya akan buat kenyataan esok, esok... panjang punya (komen) esok... kalau anda berani anda buat laporan esok," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.